...

Lima Kesilapan yang Perlu Dielakkan Ketika Menyewa Kereta

Menyewa kereta adalah pilihan yang popular, terutama ketika melancong atau kenderaan peribadi tidak dapat digunakan. 

Namun, ramai orang terjebak dengan beberapa kesilapan yang mengakibatkan kos tambahan atau pengalaman sewa kereta yang kurang menyenangkan. 

Berikut adalah lima kesilapan yang perlu dielakkan ketika menyewa kereta.

1. Tidak Membandingkan Harga dan Syarat Sewa

Banyak syarikat sewa kereta menawarkan kadar harga dan pakej yang berbeza dengan setiap satu mungkin mempunyai syarat tertentu. 

Kesilapan pertama yang sering dilakukan ialah pelanggan tidak membandingkan harga dan syarat secara teliti. 

Setiap syarikat mungkin mengenakan caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan seperti insurans, pemulangan di lokasi berbeza atau pemandu tambahan. 

Anda mungkin mendapati ada perbezaan harga yang ketara jika anda membandingkan lebih daripada satu syarikat. Dan, anda boleh memilih yang paling sesuai dengan bajet serta keperluan.

2. Tidak Memeriksa Polisi Insurans

Insurans adalah aspek penting dalam sewaan kereta kerana ia melindungi anda daripada kerugian kewangan jika berlaku kemalangan. 

Kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak memahami polisi insurans yang disediakan oleh syarikat. 

Contohnya, ada sesetengah polisi hanya melindungi kerosakan kecil, manakala selebihnya mungkin memerlukan kos tambahan untuk perlindungan penuh. 

Periksa dengan teliti perlindungan yang ditawarkan dan tentukan sama ada anda perlu menambah insurans tambahan atau perlindungan luar untuk melindungi diri daripada kerugian besar.

3. Tidak Memeriksa Keadaan Kereta Sebelum Memandu

Sebelum meninggalkan kawasan pejabat syarikat kereta sewa, pastikan anda memeriksa keadaan kereta secara teliti. 

Kesilapan ramai adalah menerima kereta tanpa melakukan pemeriksaan. Ini boleh membawa masalah apabila pulang semula kerana anda mungkin dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang sudah ada. 

Pastikan anda memeriksa keadaan kereta, termasuk bahagian luaran, dalaman, tayar, cermin, dan lampu. 

Ambil gambar atau video jika perlu untuk rekod dan pastikan semua kerosakan telah dilaporkan kepada syarikat sebelum anda memandu keluar.

4. Tidak Membaca Kontrak Secara Teliti

Ramai yang tidak membaca kontrak secara teliti kerana menganggap ia hanya formaliti. 

Kontrak sewa kereta sebenarnya mengandungi maklumat penting, termasuk caj tambahan, polisi bahan bakar, had perjalanan serta kos pemandu tambahan atau penalti lewat hantar kereta.

Membaca kontrak secara teliti akan membantu anda memahami semua terma dan caj. Ini  mengelakkan anda daripada dikenakan bayaran tambahan yang tidak dijangka.

5. Tidak Mengisi Bahan Bakar Sebelum Pemulangan

Ramai pengguna sering terlepas pandang untuk mengisi bahan bakar sebelum memulangkan kereta. 

Sesetengah syarikat mempunyai polisi yang memerlukan kenderaan dipulangkan dengan tangki penuh. 

Jika tidak, anda mungkin dikenakan caj bahan bakar pada kadar yang lebih tinggi berbanding biasa. 

Oleh itu, pastikan anda mengisi minyak sebelum pemulangan dan simpan resit sebagai bukti. Ini dapat mengelakkan kos tambahan yang tidak perlu dan memastikan anda tidak dikenakan caj tambahan.

Untuk kereta sewa terbaik, terutama sekitar Kuantan, Pahang, anda dapat perolehi menerusi syarikat berpengalaman SMA Car Rental.

Di SMA Car Rental, sama ada untuk percutian sesama rakan atau keluarga atau perjalanan perniagaan, syarikat ini sentiasa mempunyai kenderaan sesuai untuk memenuhi keperluan anda secara selesa dan selamat.

Syarikat kereta sewa SMA Car Rental di Kuantan ini lazimnya menawarkan pelbagai jenis kereta, termasuk Hatchback (antaranya Perodua Axia dan Perodua Myvi) dan Sedan (antara Honda City dan Perodua Bezza).

Syarikat ini juga menyediakan MPV (antaranya Perodua Alza dan Toyota Innova), SUV (antaranya Perodua Aruz, Nissan X-Trail, Honda CR-V dan Proton X70), Van (antaranya Toyota Hiace dan Nissan Urvan) dan Pacuan Empat Roda (antaranya Toyota Hilux dan Nissan Navara).

Antara kawasan liputan kereta sewa SMA Car Rental adalah Airport Kuantan, Terminal Sentral Kuantan, Bandar Kuantan, Indera Mahkota, Bukit Sekilau dan Bukit Setongkol.

Kawasan turut terbabit ialah Chenderawasih, Balok, Sungai Karang, Gebeng, Kotasas, Teluk Chempedak, Tanjung Lumpur dan Tanjung Api.

Untuk tempahan kereta sewa SMA Car Rental, anda boleh klik di sini.

Untuk melihat senarai kereta, anda boleh klik di sini.

Elakkan Kesilapan

Dengan mengelakkan lima kesilapan di atas, anda dapat menikmati pengalaman menyewa kereta yang lebih lancar dan bebas daripada masalah yang tidak dijangka. 

Melakukan perbandingan harga, memeriksa polisi insurans, memastikan keadaan kereta, membaca kontrak dan mengisi bahan bakar adalah langkah yang sebenarnya mudah, tetapi sering diabaikan.

Dengan hanya mengambil berat hal-hal berkenaan, ia mampu menjimatkan kos dan mengelakkan masalah ketika menyewa kereta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.