Penghantaran kereta sewa di Kuantan: kami datang kepada anda
Mengambil kereta sewa biasanya bermakna satu perjalanan tambahan: naik e-hailing ke pejabat syarikat sewa, menunggu urusan, kemudian baru memulakan hari anda. Dengan perkhidmatan penghantaran SMA, langkah itu hilang. Kereta datang ke tempat anda berada, dan kami ambil semula apabila tempoh sewa tamat.
Pilihan serahan dan caj
| Lokasi | Caj |
|---|---|
| Alamat anda (rumah, hotel, pejabat, hospital, kampus) | Bergantung pada jarak, dimaklumkan sebelum tempahan disahkan |
| Lapangan Terbang Kuantan | RM30 setiap arah |
| Terminal Kuantan Sentral | RM20 setiap arah |
| Pejabat SMA Kuantan, Stadium Darul Makmur | Tiada caj lokasi |
Caj terpakai bagi setiap arah, iaitu penghantaran dan pengambilan semula. Anda tahu jumlahnya sebelum tempahan disahkan, jadi tiada kejutan semasa serahan kunci.
Ke mana kami boleh hantar
Rumah anda
Kereta sendiri di bengkel, atau saudara datang bercuti? Kami hantar kereta terus ke rumah anda di sekitar bandar Kuantan dan kawasan berdekatan.
Hotel dan resort
Pelawat yang menginap di hotel sekitar pusat bandar Kuantan dan Teluk Cempedak boleh menerima kereta di lobi. Untuk resort di Cherating atau rumah keluarga di Pekan, caj dikira mengikut jarak dari pejabat kami.
Pejabat dan tapak projek
Kami boleh menghantar kereta ke pejabat anda dan mengambilnya semula pada akhir tempoh, supaya kerja anda tidak terganggu. Pikap juga boleh dihantar ke tapak projek yang boleh dimasuki melalui jalan berturap.
Hospital
Keluarga yang menemani pesakit di hospital sekitar Kuantan boleh menerima kereta di hospital itu sendiri, tanpa perlu meninggalkan ahli keluarga untuk ke pejabat kami.
Kampus universiti
Pelajar dan staf di kampus UIA Kuantan atau UMPSA boleh meminta kereta dihantar ke kolej kediaman atau pejabat fakulti.
Serahan di lapangan terbang dan terminal bas
Anda tiba dengan kapal terbang
Kereta boleh diserahkan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dengan caj RM30 setiap arah. Kongsikan nombor penerbangan dan anggaran masa ketibaan supaya serahan dapat diatur.
Anda tiba dengan bas ekspres
Turun di Terminal Kuantan Sentral dan ambil kereta di sana, RM20 setiap arah. Sesuai untuk ibu bapa yang datang melawat anak di universiti atau pekerja yang baru tiba untuk tugasan.
Cara mengatur penghantaran
- Pilih kereta di halaman armada dan tekan Tempah.
- Tetapkan lokasi ambil dan pulang serta tarikh dan masa. Masukkan alamat penuh jika mahu kereta dihantar.
- Semak anggaran caj, kemudian hantar borang tempahan.
- Terima pengesahan daripada staf SMA melalui WhatsApp atau telefon, termasuk caj penghantaran berdasarkan jarak. Memilih kereta sahaja belum mengesahkan tempahan.
Lebih suka bercakap terus? WhatsApp atau telefon 018-906 0080 dengan alamat anda, dan kami akan maklumkan caj penghantaran.
Perkara yang perlu diingat
- Waktu operasi kaunter ialah 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Talian telefon dan WhatsApp pula dibuka 24 jam. Serahan sebelum 8.00 pagi atau selepas 5.00 petang dikenakan meet late fee RM20.
- Periksa kereta bersama staf semasa serahan dan rekodkan sebarang calar sedia ada.
- Sediakan lesen penuh yang sah. Lesen P tidak diterima.
- Berikan alamat yang tepat. Pin lokasi di WhatsApp membantu staf kami tiba tanpa sesat dan memastikan caj dikira dengan betul.



